Sek.Keb.Jelai 3(F)

PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F) Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 50 km dari bandar Tampin dan 30 km dari pekan Gemas. Bilangan pelajar terkini adalah seramai 169 orang dengan 21 orang guru. Terdapat 3 blok bangunan 3 tingkat dan 17 bilik darjah. Terdapat 1 buah makmal sains, 1 buah bengkel Seni Perusahaan pertukangan kayu.
 
COGAN KATA SEKOLAH
ILMU WADAH WAWASAN
Hakikat ilmu, amal yang soleh dan disiplin diri yang tinggi merupakan intipati kekuatan rohaniah yang penting dalam kejayaan individu. Berilmu bererti kekuatan minda dan kekuatan pengetahuan yang penting dalam menjanakan kejayaan diri, agama dan bangsa. Orang yang berilmu dan mempunyai amalan yang soleh merupakan individu yang berada dalam landasan yang lurus, tawaduk dan penuh kerelaan terhadap kebesaran Allah. Disiplin diri yang kental merupakan ketahanan diri yang penting dan dapat mengawal individu dari terjerumus ke jalan yang tidak diredhai oleh Allah. 


WAWASAN (VISI) SEKOLAH

SEK. KEB. JELAI 3 (F) unggul dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum  menjelang 2011.



MISI SEKOLAH

Untuk merealisasikan VISI, Kami warga SKJ3 (F), akan memastikan MISI berikut tercapai dengan sempurna dan berterusan.

  1. Pencapaian akademik yang Terbilang dikalangan Terbaik.
  2. Kecemerlangan sukan.
  3. Kecemerlangan Kelab dan Unit Beruniform.
  4. Keunggulan sahsiah.
  5. Kecemerlangan dalam perhubungan Komuniti.
  6. Keceriaan sekolah hingga berjaya dalam pertandingan 3K.
  7. Pengurusan pentadbiran yang bersistematik.